Kayuhome

6 Jenis Pilihan Periuk untuk Memasak dan Pilihan Nombor 6 Periuk Paling Selamat!

 

Peralatan memasak memang banyak pilihan namun mana satu pilihan anda? Adakah harga , kualiti dan aspek keselamatan menjadi keutamaan anda? Sebaik-baiknya, isu keselamatan harus menjadi prioriti ketika membeli peralatan memasak di rumah. Mari kita berkongsi 6 jenis pilihan periuk untuk memasak dan pilihan nombor 6 periuk paling selamat!

6 Jenis Pilihan Periuk

#1 Periuk Aluminium

Kelebihan Periuk Aluminium

  • Ringan.
  • Berupaya mengalirkan haba dengan baik.
  • Mudah dibersihkan.
  •  Harga lebih murah.

Risiko Periuk Aluminium 

  • Aluminium, terutamanya daripada periuk yang lama dan berlubang boleh melarut resap ke dalam makanan semasa memasak.
  • Lebih lama makanan dimasak atau disimpan di dalam bekas aluminium, lebih banyak aluminium yang masuk ke dalam makanan.
  • Sayur-sayuran berdaun dan makanan berasid, seperti tomato dan buah buahan sitrus menyerap paling banyak aluminium.
  • Air masin atau makanan masin boleh mengkakis bekas memasak aluminium. Ini menjadikan bekas yang lama boleh menjadi sumber pencemaran seperti arsenik dan fluorida.

Cara Pengendalian Periuk Aluminium

  • Pastikan peralatan memasak yang diperbuat daripada aluminium yang digunakan masih dalam keadaan baik.
  • Elakkan memasak menggunakan periuk dan kuali aluminium yang telah haus atau berlubang/sumbing.
  • Elakkan memasak makanan yang berasid tinggi dalam periuk aluminium.
  • Elakkan menyimpan makanan di dalam bekas aluminium dalam tempoh yang lama.
  • Pilih peralatan memasak “anodised aluminium” sebagai alternatif yang lebih selamat. Peralatan memasak “anodised aluminium” dapat mengalirkan haba sebaik bekas yang diperbuat daripada aluminium biasa, tetapi ia mempunyai permukaan yang keras dan tidak melekat yang menjadikannya tahan calar, tahan lama, dan mudah untuk dibersihkan.

Tips Pembersihan  Periuk Aluminium

  • Untuk melindungi peralatan memasak aluminium daripada luntur warna, JANGAN dicuci menggunakan mesin pencuci pinggan mangkuk atau biarkan ia terendam di dalam air sabun untuk jangka masa yang lama.
  • Gunakan berus keluli untuk mengeluarkan makanan terbakar yang melekat.

#2 Periuk / Kuali Cast Iron

Kelebihan Periuk/Kuali Cast Iron

  • Berupaya menghasilkan kapasiti  pemanasan yang tinggi dan sekata kerana sifatnya yang tebal dan padat.
  • Dapat memberi kesan baik kepada badan kerana ia membebaskan besi (nutrien penting) ke dalam makanan apabila digunakan untuk memasak.
  • Berupaya mengekalkan haba selepas api dimatikan. Ini menjadikan ia sesuai digunakan untuk memasak perlahan dan mengekalkan kepanasan makanan yang disimpan untuk tempoh yang lebih lama.

Risiko Periuk/Kuali Cast Iron

  • Boleh berkarat sekiranya tidak dijaga dengan baik.

Cara Pengendalian Periuk/Kuali Cast Iron

  •  Pastikan bahagian dalam periuk/kuali besi tuang sering disalut dengan minyak masak tanpa garam bagi mengelakkan karat.

 Tips pembersihan Periuk/Kuali Cast Iron

  • Periuk/Kuali Cast Iron tidak boleh dibasuh dengan detergen yang kuat atau disental.
  • Cuci Periuk/Kuali Cast Iron di dalam air panas bersabun, bilas dan segera keringkan dengan teliti sebelum disimpan dalam almari kering

#3 Periuk Seramik/Kaca

Periuk Kaca

Periuk Seramik

Kelebihan Periuk Kaca /  Seramik

  • Mudah dibersihkan.
  • Boleh dipanaskan pada suhu yang agak tinggi.
  • Peralatan memasak seramik disalut dengan sejenis kaca untuk menahan haus dan kakisan.
  • Sesetengah jenis periuk kaca adalah tahan kepanasan ketuhar gelombang mikro.

Risiko Periuk Kaca /  Seramik 

  • Bahan yang digunakan untuk membuat, menyalut atau menghias peralatan memasak kaca, seramik dan tanah liat seperti plumbum, pigmen atau kadmium boleh menyebabkan risiko kesihatan.
  • Plumbum, pigmen dan kadmium boleh melarut resap ke dalam makanan terutama apabila memasak makanan berasid.
  • Peralatan memasak seramik, tanah liat dan kaca yang mempunyai permukaaan yang sumbing, retak atau rekah halus tidak seharusnya digunakan untuk memasak atau menyedia makanan.
  • Pastikan label ada kenyataan bermaksud selamat untuk digunakan sebagai bekas makanan apabila memilih bekas memasak seramik atau kaca.
  •  Jangan panaskan periuk/kuali jenis ini pada suhu terlalu tinggi bagi mengelakkan makanan terbakar dan meninggalkan kesan pada periuk/kuali.

Tips pembersihan Periuk Kaca /  Seramik 

  • Jangan sekali-kali mencuci bekas makanan seramik, kaca dan tanah liat dengan detergen yang mengkakis atau menyental menggunakan berus keluli.
  • Bagi membersihkan kotoran yang sukar dicuci, rendam bekas memasak dalam air suam yang dicampur dengan sabun cecair untuk beberapa jam, kemudian sapu dengan kain pengelap lembut

 

#4 Keluli Tahan Karat / Stainless Steel

Kelebihan Kuali Stainless Steel

  • Murah.
  • Sesuai digunakan pada suhu tinggi.
  • Mempunyai permukaan kukuh, kuat, tahan calar dan tahan kakis
  • Tahan lama.
  • Kebanyakan bekas memasak keluli tahan karat mempunyai lapisan tembaga atau aluminium di bahagian bawah untuk pemanasan yang sekata
  • Merupakan salah satu pilihan bekas memasak terbaik dan paling selamat.

Risiko Kuali Stainless Steel 

  • Logam yang hadir dalam aloi keluli tahan karat boleh melarut resap ke dalam makanan walaupun kuantitinya sangat rendah.
  • Logam ini yang termasuk nikel, molibdenum, titanium, aluminium, kromium dan keluli karbon boleh mengakibatkan kesan buruk kepada kesihatan.
  • Mereka yang mempunyai alahan kepada nikel harus mengelak daripada memasak dengan periuk/kuali keluli tahan karat.

Cara Pengendalian

  • Jangan biarkan periuk keluli tahan karat pada haba yang tinggi untuk tempoh masa yang panjang bagi mengelakkan ia mengalami perubahan warna.
  • Jangan menyimpan makanan yang berasid dalam bekas keluli tahan karat.

Tips pembersihan Kuali Stainless Steel 

  • Peralatan memasak keluli tahan karat adalah selamat dicuci menggunakan mesin pencuci pinggan mangkuk. Walau bagaimanapun, sekiranya dicuci menggunakan tangan, ia perlu dikeringkan segera untuk mengelakkan kewujudan tompok-tompok air.

#5 Periuk Non-Stick Bersalut Teflon™ (Polytetrafluoroethlyene)

 

Kelebihan Periuk/Kuali Non-Stick Bersalut Teflon

  • Tidak melekat.
  • Ringan

Risiko Periuk/Kuali Non-Stick Bersalut Teflon 

  • Menghasilkan asap toksik apabila dipanaskan dengan haba yang tinggi.
  • Ini boleh menyebabkan penyakit pada manusia yang dikenali sebagai demam asap polimer.
  • Boleh menjadi panas sehingga 430ºC dalam masa 5 minit jika dibiarkan.
  • Mudah calar dan boleh mengeluarkan sedikit plastik lengai ke dalam makanan apabila dimasak.
  • Mungkin mengandungi asid perfluorooctanoic (PFOA), iaitu bahan kimia yang digunakan untuk mencantumkan lapisan tahan lekat pada periuk. PFOA telah terbukti menyebabkan kanser, berat lahir bayi rendah dan sistem imun tertindas pada haiwan kajian makmal yang didedahkan kepada dos yang tinggi.

Cara Pengendalian Kuali Non-Stick Teflon 

  • Jangan terlebih panaskan peralatan memasak bersalut Teflon. Ia hanya boleh dipanaskan pada haba yang rendah atau sederhana.
  • Jangan biarkan periuk/kuali bersalut Teflon pada suhu yang tinggi tanpa dijaga.
  • Gunakan senduk/sudip kayu, nilon atau yang bersalut khas untuk mengelakkan kerosakan pada permukaan periuk/kuali.

 Tips pembersihan Kuali Non-Stick Teflon

  • Jangan rendam bekas memasak bersalut Teflon di dalam air sabun kerana lapisan Teflon boleh mengekalkan rasa sabun. Kebanyakan bekas memasak Teflon boleh dicuci menggunakan mesin pencuci pinggan mangkuk.

 

#6 Periuk Batu Granite

Kelebihan Periuk Batu Granite

  • Ringan
  • Permukaan yang tidak melekat. Lapisan kaca memberikan permukaan licin yang menjadikan pembersihan menjadi mudah.
  • Mengalirkan haba dengan baik. Bahagian dalam kuali cepat panas dan menahan haba panas untuk mengurangkan keseluruhan masa memasak.
  • Mempunyai penampilan yang estetik. Ramai orang mengemari peralatan memasak granit kerana menarik dan sesuai dengan hampir semua hiasan dapur.
  • Tahan karat. – Oleh kerana ia mengandungi alas keluli tahan karat, kuali granit tidak akan berkarat seperti cast iron pan.
  • LEBIH SELAMAT . Lapisan tidak akan luntur semasa memasak atau menyimpan makanan yang sangat berasid.

Risiko Periuk Batu Granite

  • Kuali / Periuk batu granite tidak sesuai digunakan di atas dapur kaca , risiko dapur akan pecah.
  • Enamel lapisan atas akan rosak jika anda menggunakan sudip besi.

Cara Pengendalian Periuk  Batu Granite 

  • Sesuai dipanaskan pada haba yang rendah atau sederhana.
  • Gunakan senduk/sudip kayu, nilon atau yang bersalut khas untuk mengelakkan kerosakan pada permukaan periuk/kuali.

Tips Penjagaan Periuk Batu Granite

  • Jangan sekali-kali menyental menggunakan berus keluli.
  • Bagi membersihkan kotoran yang sukar dicuci, rendam bekas memasak dalam air suam yang dicampur dengan sabun cecair untuk beberapa jam, kemudian sapu dengan kain pengelap lembut

Sumber : Portal MyHEALTH – www.myhealth.gov.my

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *